Ahad, 16 Mac 2014

Informer Al-Qaeda dedah penglibatan "Juruterbang" dalam plot rampasan pesawat

Pada minggu lalu sebelum sidang media Perdana Menteri Malaysia yang mengesahkan pesawat MH370 menukar laluan diadakan, seorang informer yang merupakan ahli Al-Qaeda memberitahu kepada mahkamah di Britain bahawa terdapat 4 hingga 5 lelaki warga Malaysia telah merancang untuk mengambil alih sebuah pesawat dengan menggunakan bom yang tersembunyi di dalam kasut.

Informer tersebut, Saajid Muhammad Badat mengatakan bahawa dia telah berjumpa dengan kumpulan pejuang Jihad warga Malaysia di Afganistan, yang mana seorang daripadanya adalah juruterbang. Tambahnya lagi, dia diarahkan untuk memberikan “Bom Kasut” kepada kumpulan warga Malaysia dalam perjumpaan itu.

“Saya telah memberikan satu kasut saya kepada rakyat Malaysia itu. Saya rasa ia adalah untuk mengakses kokpit pesawat."

Menurut pakar keselamatan, pendedahan daripada pengganas warga British itu dikategorikan sebagai “boleh dipercayai”. 

Melalui sumber Pihak Keselamatan British: “Perkara mengejutkan ini mengambil masa yang lama untuk dirancang”.

Plot yang didedahkan Saajid mempunyai kemungkinan berikutan kenyataan Dato’ Seri Najib semalam yang mengesahkan sistem perhubungan pesawat MH370 “sengaja dimatikan” oleh seseorang di dalam pesawat itu.

Saajid membuat pendedahan itu ketika memberi keterangan melalui pautan video dalam perbicaraan kes Sulaiman Abu Ghaith, menantu Osama Laden.

Saajid juga mendedahkan apa yang digelarnya sebagai “Malaysian Plot” didalangi oleh Khalid Sheikh Mohammed, arkitek utama Tragedi 9/11.

Tambahnya lagi, dia yakin rakyat Malaysia, termasuk juruterbang telah “bersiap sedia melakukan tindakan itu”.

Ketika perjumpaan di Afganistan, satu persoalan ditimbulkan sekiranya pintu kokpit berkunci. 

Jadi saya berkata, "bagaimana sekiranya aku memberikan kamu satu daripada bom milikku untuk membuka pintu kokpit itu?” -Saajid memberitahu mahkamah.

Ketika ditanya apa yang dia tahu mengenai kumpulan rakyat Malaysia ini? Beliau menjawab “Saya tahu mereka mempunyai kumpulan, uh, bersedia melakukan perbuatan yang sama seperti rampasan pesawat dalam tragedi 9/11(World Trade Center)”

Prof Anthony Glees , pengarah pusat Pengajian Keselamatan dan Perisikan, University of Buckingham berkata “Saya percaya ini adalah satu rampasan sebaik sahaja kami diberitahu pesawat telah mengubah laluan penerbangan”


Maklumat yang didedahkan semalam dalam sidang media akhirnya memadam segala teori yang ditimbulkan ramai penyiasat dan pakar penerbangan seperti berlaku letupan atas udara, penyahmampatan udara dalam kabin dan kegagalan sistem pesawat. -TTO

Sumber--- PenPatah.blogspot.com

angkara raja bomoh (lawak semata-mata)

Info Terkini!!! GEMPAR!!!
Negara jiran kita iaitu Thailand, Indonesia dan Singapura digemparkan dengan kehadiran beribu ribu ekor buaya mendarat di sungai2 negara tersebut.Keadaan ini amat membimbangkan rakyat2 di negara tersebut kerana khuatir akan keselamatan mereka.
namun begitu pihak berkuasa menyatakan buaya2 tersebut tidak membahayakan lantaran keaadaan buaya2 tersebut amat lemah dan muka 'mereka' pucat lesu.!!!
Akhirnya pihak berkuasa mendapati buaya2 yg tidak dikenali itu berasal drpd Malaysia setelah disahkan oleh pihak tertentu.
Buaya2 tersebut dikatakan 'berhijrah' dan 'melarikan' diri ke negara2 jiran kerana bimbang diri mereka terkena JURUS TAMPARAN MAUT drpd Raja Bomoh Malaysia...
Berita bernama :
*seorang pemuda ditemuramah berkata = "kerajaan harus menangani masalah ini dengan segera kerana tidak mahu Malaysia kepupusan spesis haiwan tersebut.,ini akan merosakkan ekosistem di Malaysia dan bomoh tersebut harus dikenakan tindakan undang2!!"
seorang pekerja di zoo berkata = "sy berasa hairan..buaya2 di zoo ini sedang ketakutan dan pucat lesu!!!ada juga dikalangan mereka berpura pura mati..sy bimbang ini akan memudaratkan kesihatan dan mental mereka!"
-z-

Sabtu, 15 Mac 2014

Kisah Lucu!!! Askar Malaysia Yang Paling Berani!!!!

Tersebutlah satu kisah pada masa dan lokasi yang tidak dapat dinyatakan; 
 
Ada tiga batalion askar iaitu askar dari Amerika Syarikat, Russia dan juga Malaysia. Maka jeneral ketiga-tiga batalion ini duduk bersama dan berbual tentang pengalaman mereka dan juga anak-anak buah mereka dalam perkhidmatan. Macam biasalah Jeneral dari US ini nak berlagak dengan Rusia dan Malaysia, dia pun berkata; 
 "Apa kata kita lawan, anak buah siapa yang paling berani antara tiga batalion ni".
 
Jeneral dari Russia dengan penuh bersemangat, kata ... "Okay, tak ada masalah!" 
 
Maklumlah askar-askar Russia ni memang tahan lasak dan tak pernah rasa takut, penangan vodka sepanjang masa. Tapi Jeneral dari Malaysia diam dan senyum saja. "Malaysia, ada berani nak join challenge?" Jeneral US dan Russia ketawa mengekek gelakkan Jeneral Malaysia. Jeneral Malaysia pun angguk saja, malas nak layan Jeneral US dan Russia yang poyo.

 
Kemudian, Jeneral US memanggil seorang askar US berpangkat Sarjan dan Jeneral itu bertanya kepada anggota tersebut; 
 
"Sarjan, kamu nampak tak bangunan tu?" 
"Nampak Tuan!!! 
Sarjan US itu dengan penuh semangat memberi tabik hormat menjawab soalan Jeneral.
"Pergi naik ke tingkat tiga dan terjun dari bangunan tu sekarang juga!" 
Jeneral US memberi arahan tanpa belas kasihan.



"Baik Tuan!!! 
 

 Sarjan itu dengan penuh semangat menjawab lagi dan tanpa sebarang bantahan sarjan tersebut pun naik 

ke tingkat tiga, lalu terjun tanpa menggunakan apa-apa alatan, lalu patahlah kakinya. Jeneral Russia dan Jeneral Malaysia yang menyaksikan kejadian itu pun memuji keberanian askar US tersebut. 
 

"Askar US memang berani, sampai patah kaki…" Lalu kembang kempislah lubang hidung Jeneral US mendengar pujian tersebut.
 


Jeneral Russia pun tak mahu kalah dan berkata. 
 
"Oh itu tidaklah hebat sangat. Saya akan tunjukkan kehebatan askar Russia pula!" 
Lalu Jeneral Russia pun memanggil pula askar Russia berpangkat kapten dan dia menyuruh pula kapten tersebut naik tingkat lima dan terjun. Kapten Russia itu pun tanpa banyak soal menjawab, 
"Baik Tuan!!!" 
Lalu kapten itu pun segera berlari naik ke tingkat lima dan terjun dengan selamba tanpa guna apa-apa peralatan. Lalu kapten Russia itu sama seperti sarjan US, patah kaki juga.


Jeneral US dan Malaysia tergamam melihat keberanian kapten Russia itu. "Wah!!! Dahsyat betul. Selamba dia terjun dari tingkat lima!"
 

Jeneral Russia dan Jeneral US tepuk bahu masing-masing sebab bangga kerana berjaya tunjukkan keberanian askar-askar mereka. Jeneral-jeneral itu memandang pula Jeneral Malaysia dan dengan poyonya mencabar.
 
 "Macam mana askar Malaysia??? 
Ada berani tak buat macam askar kita orang?"


Sambil budget askar Malaysia mesti tak seberani diaorang. Jeneral Malaysia pun memanggil seorang askarnya yang berpangkat prebet. Jeneral Malaysia bertanya,


 'Kamu nampak tak bangunan itu?” Sambil menuding jari ke arah bangunan tersebut.


“Nampak tuan” jawab askar Malaysia dengan penuh semangat.

Jeneral Malaysia memberikan arahan, 
“Kamu pergi naik tingkat tujuh dan terjun dari tingkat tujuh tu sekarang!!!" 


Sebaik sahaja mendengar pertanyaan Jeneral, prebet Malaysia itu pun menjawab, 

"Kepala berjambul tuan, askar bodoh je yang ikut arahan bangang, patahkan kaki macam tu, tuan...gila punya Jeneral.” 
Askar prebet Malaysia pun berlalu meninggalkan jeneral-jeneral tersebut.


Kemudian Jeneral Malaysia pun berkata kepada Jeneral US dan Jeneral Russia; 

"Tengok tu...askar Malaysialah yang paling berani…"


Jeneral US dan Jeneral Russia tak faham lalu bertanya, 

"Kenapa pulak???"


Jeneral Malaysia pun balas, 

"sebab askar Malaysia paling berani melawan. Itu baru pangkat prebet..."

kalau salah tolong betulkan

Assalamulaikum.. salam pekenalan.. ini blog pertama saya .. saya kurang pandai dalam bidang bloger nie.. kalau ada salah silap tolong betul kan.. tarikh 16/3/2014 jam 2.19 pm .. :)